Wednesday, August 14, 2013

ayah pada syawal 7

menginjak syawal ke 7, kurang satu jam lepas, usai satu purnama ramadhan kelihatan tidak-- ayah pulang.
pada aku tujuan ayah pulang ke rumah selain menghantar not-not uang, tiada apa.

apa mungkin kepulangan ayah cuma untuk melepas rindu--
rindu yang tak kelihatan pada kami?

bilang emak lelaki ini berkecil hati apabila dikhabar ini;
"anak-anak dah tak kisah awak tak raya sini, dah terbiasa"

sekelumit tiada rasa aku untuk bersedih dipagi raya atas kekurangan ahli untuk sama-sama memohon keampunan sempena syawal.
raya pada aku cuma ahli keluarga, sepupu sepupu dan sanak saudara yang saling bersalaman bersama ucapan "selamat hari raya eidulfitri maaf zahir batin" --
yang kosong-lompong-lohong
tanpa jiwa.
tanpa rasa.
tanpa penghayatan.
..juga disusuli wang gula-gula.

kesempatan syawal ke 7 ayah pulang mengirim uang juga sedikit pengubat rindu buat aku.

pulangnya ayah ke tempatnya semula tadi diakhiri peluk cium dan tenung dalam ke mata aku--
seolah-olah dia melihat dirinya dalam aku--
balasan aku cuma satu carik senyum semanis mungkin.

anak ini sudah tegal ditinggalkan ayah.




2 comments:

  1. Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jemput ke blog saya pula.

    ReplyDelete
  2. masih juga dia mengingat dan menjenguk bukan? senyumlah dan berbahagialah, dia laki-laki yang hebat buat kamu. :)

    ReplyDelete

Makian - Hamunan - Hentaman disini. Aku tadah telinga luas luas.