Saturday, December 22, 2012

mayan doomsday 211212







2 hari sudah aku tidur malam. itupun di rumah mak ngah. bertemankan sepupu. tiada internet untuk dibawa berjaga ke pagi. cuma tilam empuk, bilik luas berdinding hijau epal, kipas berlevel 3. tak lupa bantal busuk dan selimut kesayangan dari rumah. selesa betul. baru terasa nikmat tidur malam setelah beberapa minggu malam aku tidak peruntukkan untuk tidur.

hari ke 3, tidur di rumah. terlajak subuh. jahanam.

hari ke 4, kembali semula sifat nocturnal aku. sepatutnya aku terjaga untuk ke membuang urin dari pundi kencing pada waktu ini untuk tiga hari yang malamnya aku tidur. nampaknya tidak untuk hari ke 4. rancak lagi jari menari pada lantai keyboard. mata mengantuk, otak memaksa tidak-- jangan tidur. mungkin kesan dari white coffee coolblog yang aku minum petang semalam, buat otak aku jadi rebel. jangan minum white coffee coolblog, dia kuat melawan.

siang semalam aku dan shana melepak untuk kesekian kalinya. lama betul tak jumpa dia. apa reaksi dia? muka dia teruja nauzubillah. katanya "laamaaanyaaa tak jumpaaaaa!" aku nampak reaksi dia. aku sengih. hati tersentuh jugak, tapi aku diamkan. "ha'ah laa lama tak jumpa, rindu kau". nada aku cuma bersahaja, terbisik jugak rasa segan nak sebut rindu. kenapa? sebab dah terlampau rapat. ada kau nak bagitahu kawan baik yang sesama mencarut dan mengarut yang kau rindu dia? aku tak.
jalan jalan kami di terminal penuh dengan bualan kosong tak bertopik. dari rambut indo nenas, smartphone dan lain lain. aku semacam ada rasa sikit awkward tadi. tak tahulah kalau kalau dah lama tak jumpa jadi sebabnya. tapi. aku act cool. 

kami kawan baik. kami bukan hipster berjeans ketat. hijabster belen jauh sekali.
kami cuma kawan baik yang punya sama keputusan PMR 2010 dan sama sama survive untuk dua tahun yang celaka dalam aliran sains di sekolah. kami okay, kami baik. kami cuma baik. baik. okay.


apa tadi? lari pulak topik. doomsday? heh. go home mayan, you're fucking drunk. go into your hut and smoke weed. 





so, for some of us who do silly things to prepare for doomsday, i'm sorry bro, not this time. keep calm and wait. 



11 comments:

  1. This is cool. Aku pun, segan nak sebut rindu. Taip rindu mereka mereka without them knowing, ya. Your blog's cool.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tak keseorangan. betul tu. bila dah rapat, benda biasa sebut dengan kawan biasa jadi tak biasa.

      tak cool la. biasa jek. tapi, terima kasih datang melawat:)

      Delete
    2. Ya, rasa pelik bila kata sesetengah benda dengan kawan baik. blog ni cool, aku suka gaya bahasa dengan flow ayat kau.

      Delete
    3. betul. cukuplah sekadar faham seama sendiri :)

      ehe. aku cuba cuba jek. terima kasih :8)

      Delete
  2. Yeaahh Mayan is Totally sucksss!! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. troll yang gila khinzir berjaya dalam dunia.

      let say congratulations to them, too :D

      Delete
  3. Ececececeececeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeehhhh :3

    ReplyDelete

Makian - Hamunan - Hentaman disini. Aku tadah telinga luas luas.